Bill Gates mengaku ada hubungan sulit - Utusan Malaysia

Bill Gates mengaku ada hubungan sulit

BILL GATES - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Pengasas bersama Microsoft, Bill Gates mengaku di hadapan kakitangan-kakitangan Yayasan Gates bahawa beliau pernah mempunyai dua hubungan sulit dan menyifatkan perkenalannya dengan pesalah seksual, mendiang Jeffrey Epstein, sebagai satu kesilapan besar.

Dalam satu sesi perbincangan terbuka pada Selasa lalu, Gates memohon maaf kerana mempunyai hubungan dengan Epstein susulan pendedahan e-mel 2013 yang dihantar lelaki itu kepada dirinya sendiri.

Dalam e-mel itu, Epstein mendakwa beliau sebagai orang kanan Gates dan terlibat dalam perkara yang tidak beretika. 

“Saya tidak melakukan apa-apa yang haram. Saya tidak melihat apa-apa yang haram,” kata Gates menurut rakaman yang ditinjau secara eksklusif oleh akhbar  The Wall Street Journal.

Gates mengaku beliau mempunyai dua hubungan sulit dengan wanita yang kemudian diketahui Epstein. Namun, menyatakan beliau tidak melibatkan mangsa-mangsa pesalah seks itu.

“Saya tidak pernah menghabiskan masa dengan mangsa atau wanita di sekelilingnya.

“Adalah satu kesilapan besar menghabiskan masa dengan Epstein. Saya mohon maaf kepada orang lain yang terlibat kerana kesilapan saya,” katanya.

Gates berkata, beliau mula berjumpa Epstein pada 2011 beberapa tahun selepas lelaki itu mengaku bersalah pada 2008 kerana cuba mengeksploitasi kanak-kanak untuk pelacuran. 

Taikun teknologi itu memberitahu kakitangannya, beliau tidak sepenuhnya menyedari tuduhan tersebut ketika itu dan terus berjumpa Epstein.

Gates turut menyatakan bekas isterinya, Melinda French Gates, sentiasa skeptikal tentang Epstein.

Beliau juga mengaku tidak pernah mengunjungi pulau persendirian Epstein, tetapi pernah menaiki jet peribadi bersamanya dan menghabiskan masa bersama di Washington, New York, Jerman serta Perancis. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN