Bersatu tidak mahu Pas terajui PN? - Utusan Malaysia

Bersatu tidak mahu Pas terajui PN?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Barisan kepemimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di bawah Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa tidak bersedia menerima pemimpin Pas sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN).

Bekas Ketua Bersatu Bahagian Selayang, Ahmad Nasir Mid berkata, pendirian itu dapat dilihat melalui beberapa tindakan dan keputusan yang dibuat dalam siri-siri pertemuan dalaman gabungan berkenaan.

Katanya, Bersatu di bawah Muhyiddin secara jelas tidak mahu pemimpin Pas menerajui PN, walaupun Pas mempunyai jumlah kerusi Parlimen lebih banyak.

“Pada saya, Bersatu di bawah pimpinan Muhyiddin memang tidak mahu pemimpin daripada Pas terajui PN. Antara syarat yang diletakkan ialah Pengerusi PN mestilah presiden parti dan mereka menolak sekiranya jawatan itu diberi kepada individu yang bukan presiden.

“Perkara ini dibincangkan dalam satu pra majlis yang diadakan di rumah Muhyiddin dan daripada situ sudah nampak pendirian mereka. Walaupun Pas mempunyai lebih banyak kerusi, mereka tetap tidak mahu memberi ruang kepada pemimpin Pas untuk menerajui PN,” katanya kepada Mingguan Malaysia.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan, Pas sudah mempunyai calon untuk mengisi jawatan Pengerusi PN dan keputusan muktamad akan ditentukan dalam mesyuarat kepemimpinan tertinggi gabungan itu.

Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad berkata, calon berkenaan dikenal pasti hasil rundingan bersama semua parti komponen dalam PN bagi memastikan keputusan dicapai secara konsensus.

Mengulas kemelut pelantikan Menteri Besar Perlis sebelum ini, Ahmad Nasir berkata, tindakan Muhyiddin mencalonkan dua nama daripada Bersatu bagi jawatan tersebut mencerminkan ketidaksefahaman dalam soal kepemimpinan, meskipun telah dipersetujui bahawa jawatan itu diperuntukkan kepada Pas.

Katanya, tindakan sedemikian menunjukkan keputusan dibuat tanpa mengambil kira persetujuan awal yang telah dicapai antara parti komponen dalam PN. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN