PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak akan menyusun semula beberapa bahagiannya yang terjejas susulan peletakan jawatan ketua dan ahli jawatankuasa. Penyusunan semula itu turut melibatkan bahagian yang ketuanya telah dipecat. Ketua Penerangan Bersatu Negeri Perak, Datuk Azhar Anuar berkata, bahagian-bahagian yang terlibat telah dikenal pasti dan tindakan lanjut akan diambil dalam masa terdekat. Menurutnya, penyerahan watikah barisan pimpinan baharu bagi bahagian berkenaan akan dilakukan oleh Presiden Bersatu, Tan…










