Masjid At-Taqwa mohon maaf isu layanan kasar terhadap jemaah

Masjid At-Taqwa mohon maaf isu layanan kasar terhadap jemaah

TANGKAP layar hantaran tular yang mendakwa Masjid At-Taqwa diboikot sehingga tiada jemaah datang berbuka puasa.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pihak pengurusan Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail (TTDI) tampil membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung dakwaan insiden layanan kasar terhadap jemaahnya baru-baru ini.

Masjid At-Taqwa berkata, pihaknya menzahirkan rasa kesal atas insiden yang tular tersebut dan sedang mengambil perhatian serius mengenai perkara itu.

“Kami sedang mengenal pasti dan menyiasat dakwaan mengenai layanan kasar terhadap jemaah.

“Kami juga akan mengambil tindakan untuk memperbaiki (keadaan) supaya ianya tidak akan berlaku pada masa akan datang,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, orang ramai mendakwa beberapa kariah masjid itu bertindak kasar terhadap jemaah.

Sementara itu, pihak pengurusan Masjid At-Taqwa turut merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas sokongan serta kepercayaan berterusan yang diberikan oleh kariah dan orang ramai kepada institusi tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×