Rujuk MKN dan NACSA dakwaan jual data kerajaan

Rujuk MKN dan NACSA dakwaan jual data kerajaan

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Komunikasi akan merujuk kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) susulan dakwaan kononnya wujud aktiviti penjualan pangkalan data milik beberapa entiti kerajaan di media sosial.

Menterinya, Datuk Fahmi Fadzil berkata, setakat ini, tiada laporan diterima pihaknya berhubung dakwaan berkenaan.

“Perkara-perkara yang melibatkan isu keselamatan siber ini perlu diteliti oleh pihak Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA). Setakat ini, Kementerian Komunikasi sendiri belum menerima apa-apa maklumat dan Jemaah Menteri (mesyuarat hari ini) tidak membincangkan perkara ini.

“Saya akan hubungi pihak Majlis Keselamatan Negara dan juga pihak NACSA untuk meneliti isu ini,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Seorang pengguna media sosial menggunakan gelaran sebagai ‘Ashborn’ dikesan menyiarkan iklan di sebuah forum jenayah siber terkenal berhubung tawaran menjual pangkalan data berkaitan beberapa entiti kerajaan Malaysia termasuk data peribadi penjawat awam Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pendidikan Tinggi dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Individu itu didakwa turut memiliki dan menawarkan maklumat peribadi kakitangan tentera termasuk nama, emel, nombor telefon, pangkat dan unit, yang ditawarkan untuk dijual dengan wang kripto. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN