MELAKA: Bekas pengurus jualan bank didenda RM210,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini, selepas mengaku bersalah atas 20 pertuduhan menerima suapan berjumlah RM211,636 antara Mei 2018 hingga September 2022. Perbuatan itu adalah sebagai habuan membantu rujukan kes berkaitan urusan pinjaman perumahan kepada dua firma guaman Tertuduh, Mohamad Faqih Mustapha, 37, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku salah atas pertuduhan pilihan yang dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Elesabet…










