Anggota polis cedera, cubaan bom stesen minyak di Pattani gagal

Anggota polis cedera, cubaan bom stesen minyak di Pattani gagal

ANGGOTA Unit Pemusnah Bom cedera dalam cubaan mematikan bahan letupan yang disembunyikan dalam tandas sebuah stesen minyak di Pattani, Thailand - GAMBAR POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PATTANI (THAILAND): Seorang anggota unit pemusnah bom (EOD) cedera dalam cubaan mematikan sebutir bom buatan sendiri (IED) di sebuah stesen minyak stesen minyak PTT di Lebuhraya 410, Pattani – Yala di Mukim Talubo, di sini, semalam.

Kejadian pukul 9.10 pagi itu berlaku semasa anggota EOD, Sarjan Polis Pichitphan Wechachivi cuba mengesan IED di dalam tandas stesen minyak berkenaan.

Jurucakap Pusat Operasi Keselamatan Dalam Negeri Wilayah 4 (ISOC 4) berkata, siasatan awal mendapati seorang pekerja menemukan objek mencurigakan di dalam tandas stesen berkenaan dan terus memaklumkannya kepada polis.

Katanya, pihak berkuasa mengepung kawasan berkenaan sebelum menghantar sepasukan anggota EOD me­lakukan pemeriksaan yang kemudian menemukan dua IED di dalam tandas orang kurang upaya (OKU) dan tandas dewasa.

“Anggota EOD yang memakai sut khas melakukan pemeriksaan di dalam tandas OKU sebelum memusnahkannya. Bagaimanapun dalam pemeriksaan kedua di dalam tandas lelaki dewasa mereka mengangkat penutup tangki pam air menyebabkan IED itu meletup.

“Pegawai yang memakai sut bom tercampak dari tandas sebelum dibantu rakan-rakannya dan dibawa ke hospital. Dia dilaporkan patah tangan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Jurucakap itu berkata, pa­sukan EOD berjaya memusnahkan dua alat letupan buatan sendiri yang disembunyikan di dalam tandas di dua stesen minyak PTT di sini pada Ahad lalu.

Katanya, kedua-dua IED berkenaan yang menggunakan pemasa dijadual meletup pada pukul 10 malam 14 Februari ini sempena Hari Kekasih. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN