JASIN: Seorang pemandu bas sekolah direman selama tujuh hari selepas disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun, Selasa lalu. Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 50 tahun, dikeluarkan Majistret Mazana Sinin bermula hari ini sehingga 11 Februari ini. Ia bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017. Menurut sumber, kejadian terbongkar pada malam Selasa lalu apabila ibu pelajar lelaki berusia…










