KUALA NERUS: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan rasa simpati terhadap bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad susulan keputusan Mahkamah Persekutuan yang menjatuhkan hukuman penjara terhadap beliau. Ahmad Zahid berharap pasukan peguam Mohd. Isa dapat mempertimbang untuk mengemukakan semakan yang berasas mengikut peruntukan undang-undang yang dibenarkan. “Saya berharap keluarga beliau tabah menghadapi ujian ini dan dipermudah segala urusan selaras dengan proses perundangan yang…










