Sebanyak 80 hidangan istimewa bertemakan Warisan Citarasa Asli 2 Benua menanti pengunjung dalam bufet Ramadan di Dewan Menara Kumpulan Risda di sini. Dianjurkan oleh Risda Security and Services Sdn. Bhd. (RSS) dengan kerjasama Rumah Makan Patin Pasu, bufet ini menampilkan gabungan unik masakan tradisional Melayu dan sajian Barat. Ketua Pegawai Eksekutif RSS, Putera Sidek berkata, penganjuran bufet Ramadan itu seiring langkah baharu syarikat untuk mengukuhkan kedudukan dalam industri katering dan…










