PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan seramai 12 anggotanya yang disyaki terlibat dalam kejadian samun melibatkan kes kerugian mata wang kripto telah ditahan. Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, mata wang kripto terbabit merupakan milik seorang warga asing dan kejadian berlaku di daerah Kajang pada awal bulan ini. Menurutnya, tangkapan dibuat susulan laporan diterima pada 6 Februari lalu kira-kira pukul 2.07 petang. “Tindakan segera digerakkan sejurus laporan diterima…










