Bapa dera anak tiri telah dituduh di mahkamah

Bapa dera anak tiri telah dituduh di mahkamah

TANGKAP layar menunjukkan hantaran milik akaun capricedaddycap yang tular di Threads yang memaparkan suspek bertindak memukul dan mengasari anak tirinya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lelaki yang tular di aplikasi Threads mendera anak tirinya telah dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur pada Disember tahun lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, suspek merupakan suami kepada pengadu yang merupakan bapa tiri kepada mangsa.

Menurutnya, pertuduhan dibuat selepas suspek ditahan pihak polis susulan laporan diterima berhubung kejadian tersebut pada 19 Disember 2025.

“Laporan telah dibuat oleh seorang wanita Melayu berusia 27 tahun yang juga ibu kepada mangsa terlibat dan kejadian dipercayai berlaku di sebuah kediaman di sekitar Setapak, Kuala Lumpur.

“Berdasarkan beberapa rakaman video yang diperoleh pengadu siasatan awal mendapati suspek berusia 32 tahun itu telah melakukan penderaan mental dan fizikal terhadap mangsa

“Susulan itu pada 20 Disember lalu pihak polis telah menahan suspek dan suspek telah dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur pada 26 Disember lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu tular satu video berdurasi dua minit platform Threads memaparkan suspek bertindak memukul, mengasari dan menendang mangsa selain mengarahkannya berlari berulang kali.

Tambah Fadli, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 kerana melibatkan unsur penganiayaan terhadap kanak-kanak.

Pihaknya memandang serius kes penderaan terutama membabitkan kanak-kanak yang tidak mampu mempertahankan diri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN