KUALA LUMPUR: Kerajaan dicadang menubuhkan Lembaga Durian Malaysia bagi memastikan industri itu mempunyai sebuah ekosistem yang telus dan adil. Chow Yu Hui (PH-Raub) berkata, Lembaga Durian Malaysia boleh diberikan tanggungjawab untuk menetapkan standard pengedaran durian yang lebih seragam, meningkatkan ketulusan harga pasaran dan membela nasib pekebun. Kata beliau, industri itu sedang berkembang menjadi industri bernilai tinggi sehingga menembusi pasaran antarabangsa tetapi manfaatnya tidak dinikmati sepenuhnya oleh pekebun kecil. “Pekebun sering…










