TMM 2026: Polis jamin tahap keselamatan negara terkawal

TMM 2026: Polis jamin tahap keselamatan negara terkawal

AYOB Khan Mydin Pitchay (tengah) ketika ditemui pemberita selepas acara kayuhan berbasikal 'PDRM Penang International Second Bridge Solidarity Fun Ride 2026' di Bayan Lepas, Pulau Pinang, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Polis akan terus memantau dan mengawal rapi tahap keselamatan negara khususnya sempena penganjuran Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026) pada tahun ini.

Jaminan itu diberikan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, hari ini.

Beliau berkata, adalah menjadi rutin operasi pihak berkuasa terutamanya polis untuk meningkatkan tahap kawalan keselamatan awam setiap kali tibanya musim perayaan atau penganjuran mana-mana acara berskala besar termasuk TMM 2026.

“Memang jadi rutin polis (untuk tingkatkan kawalan keselamatan) sempena TMM 2026 dan saya nasihatkan agar orang ramai tidak perlu bimbang apa-apa.

“Insya-Allah, isu-isu keselamatan ini kita sentiasa pantau dan sekiranya perlu untuk diambil tindakan, maka, kita tidak akan teragak-agak untuk berbuat demikian,” katanya ketika ditemui pemberita, pagi ini.

Ayob Khan berkata demikian ketika ditanya mengenai tahap kesiapsiagaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena penganjuran TMM 2026 termasuk dalam meningkatkan rondaan di kawasan tumpuan serta menambah bilangan anggota keselamatan bagi tujuan berkenaan.

Terdahulu, beliau menyertai acara kayuhan berbasikal ‘PDRM Penang International Second Bridge Solidarity Fun Ride 2026’ di parkir kereta Queens Park, Queensbay di Bayan Lepas di sini, yang bermula malam tadi.

Pelepasan rasmi kayuhan itu disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ramli Ngah Talib dengan disaksikan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow. Hadir sama Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri serta Ketua Polis negeri, Datuk Azizee Ismail.

Khamis lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara rasminya melancarkan kempen TMM 2026 di pekarangan pusat beli belah terkemuka iaitu Pavilion Bukit Bintang di Kuala Lumpur.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing dalam kenyataannya sempena pelancaran kempen itu berkata, berkata sambutan itu menjadi simbolik penting bagi menyemarakkan momentum kempen TMM2026 serta membuka lembaran baharu untuk mempromosikan Malaysia di pentas global.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN