Tiga maut kemalangan di Gua Musang

Tiga maut kemalangan di Gua Musang

KEADAAN salah sebuah kereta yang terlibat dalam kemalangan mengorbankan tiga nyawa di di Kilometer 55 Jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran Kampung Paloh, Gua Musang, Kelantan hari ini-IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Tiga lelaki maut dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Kilometer 55 Jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran Kampung Paloh di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari itu, kesemua mangsa meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.

Kesemua identi mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu masih belum dikenal pasti dan usaha mengeluarkan semua yang terlibat sedang giat dilakukan oleh pihak bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Nor Azizi Che Noh berkata, kemalangan itu turut melibatkan dua lelaki dan seorang wanita yang turut mengalami kecederaan.

“Bomba terima panggilan kecemasan pada pukul 1.01 tengah hari. Seramai 11 anggota termasuk pegawai telah ke lokasi untuk kerja-kerja membantu dan menyelamat.

“Setibanya bomba mendapati kemalangan itu melibatkan enam mangsa dari tiga buah kenderaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN