KUALA LUMPUR: Tiada lagi sebarang obligasi bayaran dibuat kepada mana-mana pihak, sama ada individu mahupun pihak asing kerana kedaulatan Sabah dalam Persekutuan Malaysia adalah mutlak dan diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kerajaan telah menghentikan sepenuhnya sebarang bayaran kepada pihak yang mendakwa sebagai waris Sultan Sulu sejak tahun 2013 berikutan pencerobohan bersenjata di Lahad Datu…










