KUALA TERENGGANU: Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) di Kampung Kubang Jela di sini, yang gagal disiapkan mengikut jadual menyebabkan kira-kira 100 penduduk di situ berdepan masalah tekanan air rendah yang tidak berkesudahan. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) Kubang Jela, Jusoh Ngah berkata, projek di dua kawasan sepanjang 400 meter dan 300 meter itu tidak siap sepenuhnya sejak dua tahun lalu menyebabkan penduduk terlibat berdepan masalah tekanan air rendah.…










