Ukraine terima lebih 2,000 ancaman bom dalam tempoh tiga jam

Ukraine terima lebih 2,000 ancaman bom dalam tempoh tiga jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Polis kebangsaan Ukraine pada Jumaat memaklumkan pihaknya menerima lebih 2,000 laporan ancaman bom di seluruh negara dalam tempoh tiga jam, dengan amaran itu melibatkan bangunan kerajaan serta lokasi lain.

Ukraine sering menjadi sasaran peperangan siber Russia sepanjang hampir empat tahun sejak Moscow melancarkan pencerobohan, namun gelombang ancaman bom berskala besar seperti ini jarang berlaku.

Menurut kenyataan polis, antara pukul 9.30 pagi hingga 12.10 tengah hari (waktu tempatan), jabatan-jabatan polis  menerima lebih daripada 2,000 laporan ancaman bom yang dihantar kepada badan kerajaan, perniagaan, bank dan institusi pendidikan di kebanyakan wilayah Ukraine.

Pegawai melakukan pemeriksaan di kira-kira satu pertiga daripada laporan berkenaan dan mengesahkan tiada bahan letupan ditemui di lokasi-lokasi terbabit.

Satu lagi gelombang ancaman bom pernah berlaku di Ukraine pada 2023 dan menyasarkan sekolah.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×