Tanggungjawab UMNO beri kestabilan politik negara

Tanggungjawab UMNO beri kestabilan politik negara

JOHARI Abdul Ghani ketika menggulung perbahasan sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025, di sini, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Naib Presi­den UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, menegaskan parti itu tidak perlu malu ke­rana berada dalam Kerajaan Perpaduan, sebaliknya kebimbangan utama hari ini perlu lebih terarah kepada status Melayu selaku kaum terbesar negara, yang dilihat tidak boleh bersatu.

“Kenapa kita terima (untuk berada dalam Kerajaan Perpa­duan), kerana salah satu tanggungjawab kita ialah UMNO mesti memberi kestabilan politik dalam negara ini.

“Untuk (mencapai hasrat) itu, sama ada kita nak (be­kerjasama) dengan siapa, tak penting tetapi elemen disumbangkan UMNO ini adalah untuk beri kestabilan politik kepada negara.

“Kita mesti menunjukkan kepada masyarakat di luar sana bahawa walaupun kalah, kita tak pernah lari daripada menyumbang kepada kestabilan negara,” katanya ketika menggulung perbahasan sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025, di sini, semalam.

Katanya rakyat tidak me-nuntut 100 peratus kesempurnaan daripada pemimpin kerana setiap pemimpin ada kelemahan masing-masing dan rakyat juga tahu politik bukan dunia yang ideal.

“Tetapi mereka menuntut integriti, kejujuran dan keberanian dalam membuat keputusan sukar demi rakyat dan kebenaran, itulah keputusan yang kita buat (di sebalik penyertaan dalam Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Johari yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, memberi contoh peranan dimainkan UMNO dalam isu berkaitan Rang Undang-undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB).

Mengulas konteks Melayu, Ahli Parlimen Titiwangsa ini berkata, secara peribadi beliau menyokong inisiatif Rumah Bangsa meskipun sedar ada yang tidak suka, namun itulah lumrah politik.

“Tanggungjawab besar untuk memastikan UMNO terus relevan dan dipercayai serta mampu memainkan peranan dalam menentukan masa depan negara, maka penyatuan orang Melayu itu penting,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN