Tak habis-habis buat akaun guna nama dan gambar aku - Ezzanie Jasny - Utusan Malaysia

Tak habis-habis buat akaun guna nama dan gambar aku – Ezzanie Jasny

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Ezzanie Jasny, mengingatkan kepada peminatnya agar berhati-hati dengan kewujudan akaun palsu media sosial yang menggunakan identitinya.

Perkara itu disuarakan Ezzanie selepas megenal pasti pertambahan jumlah akaun palsu berkenaan yang semakin membimbangkan.

“Engkau orang jangan tertipu, jangan terpedaya dan tak payah layan. Setiap kali engkau orang nampak akaun baru, pengikut sikit atau likes pun tak banyak, sudah boleh agak itu akaun palsu,” tulisnya menerusi Threads.

Pelakon dan model berusia 26 tahun itu juga memaklumkan dia sebelum ini beberapa kali menemukan akaun palsu yang bukan sahaja mencuri identitinya malah dikenal pasti menyebarkan perkara negatif.

“Wow, begitu sekali ya. Sebenarnya, benda ini sudah banyak kali jadi. Tak habis-habis buat akaun guna nama dan gambar aku.

“Lepas itu muat naik benda tidak betul, masuk live orang, dan cuba menyebarkan kebencian dan perkara negatif,” kongsinya.

Pemilik nama penuh Nur Ezzanie Sherazade Jasny itu dalam masa yang sama meminta agar pelaku berhenti melakukan kegiatan tidak bermoral itu

“Kepada individu yang melakukan perkara ini, sudah boleh muhasabah diri, ingat Tuhan dan bawa-bawalah mengucap.

“Sudah boleh berhenti. Gunakanlah masa dan tenaga untuk benda yang baik. Dalam pada itu, semoga awak dapatlah cinta hati yang sebenar. Awak mahu menjadi saya ya? Tolonglah,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN