Sekolah K11 diperluas, elak pelajar luar bandar tercicir

Sekolah K11 diperluas, elak pelajar luar bandar tercicir

WAN Hashim Wan Rahim  (tengah) bersama murid dan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Beluru Sekolah Model Khas Komprehensif 11, Tumpat, Kelantan. - UTUSAN/ ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Kementerian Pendidikan (KPM) sedia memperluas pelaksanaan Sekolah Model Khas Komprehensif 11 (K11) di  negeri ini bagi mengelakkan keciciran pelajar luar bandar, khususnya dalam kalangan keluarga B40 yang berdepan kekangan akses pendidikan.

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan (Perancangan dan Pembangunan), Datuk Wan Hashim Wan Rahim berkata, pengoperasian model itu di  Sekolah Kebangaaan (SK) Pulau Beluru menjadikan pembelajaran di bawah satu bumbung bermula prasekolah hingga tingkatan lima termasuk  pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).

 Katanya, sebelum ini  SK Pulau Beluru adalah Sekolah Model Khas Komprehensif 9 (K9) yang dilaksanakan sejak 2023.

“Dari sekolah K9 kita naik taraf menjadikan K11 kerana pembelajaran wajib seperti  Pindaan Akta Pendidikan 2025 adalah  sehingga tingkatan lima.

“Jika sekolah K9 pendidikan  sehingga  tingkatan tiga sahaja dan kita tidak mahu pelajar di sekolah ini apabila habis tingkatan tiga perlu keluar ke sekolah lain,” katanya sempena pembukaan sekolah kalendar Akademik sesi 2026 di Sekolah Menegah Kebangaaan (SMK) Pulau Beluru K11,  hari ini.

Wan Hashim berkata, ketika ini terdapat 35 buah sekolah K9 dan K11 yang ada di seluruh negara melibatkan Kelantan, Terengganu, Sabah, Perak dan Pahang.

Katanya, kriteria pemilihan melaksanakan sekolah  K9 dan K11 ini adalah kawasan luar bandar dan pendalaman yang berisiko muridnya tercicir.

“Kita harapkan perubahan ini tiada lagi  anak-anak tercicir kerana untuk akses ke sekolah perlu menaiki bot dan ibu bapa kebanyakan golongan B40,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×