Saya menua dengan bermaruah, sejajar dengan usia - Zizan Nin

Saya menua dengan bermaruah, sejajar dengan usia – Zizan Nin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan pengarah, Zizan Nin tampil memberikan respons selepas penampilannya menerusi sebuah sesi audio siar baru-baru ini diperlekeh oleh sesetengah pihak di media sosial.

Tidak melatah dek kritikan yang diterima, Zizan menganggap perubahan penampilannya yang terkini bersesuaian dengan usianya yang sudah mencecah 53 tahun.

“Ramai kutuk dan memperlekehkan imej berbanding info yang saya kongsikan dalam podcast. Respons saya begini, saya menua dengan bermaruah, sejajar dengan usia.

“Kita semakin tua bukan muda. Semoga terus sihat, dipanjangkan usia dan jadi warganegara yang berguna,” katanya di Threads.

Zizan memberi respons sedemikian susulan imejnya dikatakan sangat berbeza berbanding dahulu ketika membuat kemunculan di sebuah sesi audio siar, Kena Kupas Podcast setelah sekian lama menyepi, baru-baru ini.

Rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut apabila melihat imej terkini Zizan yang pernah menjadi hero drama kegilaan ramai suatu ketika dahulu tidak lagi setampan zaman kegemilangannya.

Meskipun penampilannya kini berbeza, rata-rata pengikut tetap memberikan kata-kata positif terhadap pelakon drama Dunia Baru itu selain menasihatkannya untuk mengendahkan kritikan netizen di ruangan komen. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN