Saksi letupan lihat mangsa terperangkap bawah papan

Saksi letupan lihat mangsa terperangkap bawah papan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Ketika terdengar letupan tidak dapat fikir apa-apa selain daripada menyelamatkan diri ke tempat selamat.” 

Demikian kongsi seorang saksi kejadian kes letupan di sebuah universiti swasta di Bukit Damansara, di sini, hari ini. 

Menceritakan semula insiden itu, penuntut wanita yang enggan dikenali berusia 24 tahun itu berkata, ketika kejadian dia berada di kafeteria terbabit ingin membeli makanan.

Bagaimanapun, dia dikejutkan dengan bunyi letupan sebelum bergegas melarikan diri daripada lokasi kejadian.

“Semasa melarikan diri, saya melihat seorang penuntut wanita terperangkap di bawah papan dan dia tidak dapat bergerak.

 “Saya juga  melihat seseorang di bahagian dapur yang melecur akibat kejadian itu.

“Bagaimanapun, keadaan mereka tidak dapat memastikan keadaan mereka mahupun membantu mereka kerana ketika itu saya hanya fokus untuk melarikan diri,” katanya.

Sementara itu, seorang kakitangan diri universiti terbabit memaklumkan, kampus berkenaan hanya mempunyai satu kafeteria untuk kemudahan staf serta penuntut. 

 “Kebanyakan ruang dalam bangunan yang berlaku letupan itu menempatkan pejabat pengurusan (universiti) selain beberapa kelas serta kafeteria. 

 “Ketika kejadian, saya berada di blok lain dan tidak mendengar letupan berkenaan mungkin disebabkan jarak bangunan itu jauh dari sini (bangunan lain),” katanya. 

Tinjauan di lokasi kejadian mendapati terdapat beberapa kenderaan daripada pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dilihat memasuki lokasi kejadian. 

  Beberapa pengawal keselamatan universiti swasta itu dilihat berada di kawasan sekitar bagi mengawal keadaan dengan blok lokasi kejadian ditutup pihak berkuasa. 

Terdahulu, media  melaporkan seorang kontraktor disahkan maut, manakala sembilan mangsa cedera dalam insiden letupan di sebuah universiti swasta di Bukit Damansara, di sini, hari ini. 

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus dilaporkan berkata, mangsa yang maut membabitkan lelaki tempatan berusia 24 tahun disahkan maut di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Menurut Fadil, letupan berlaku di kawasan penyelenggaraan pendingin hawa yang terletak bersebelahan kafeteria di tingkat empat universiti berkenaan.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×