KUALA LUMPUR: Sebanyak RM242 juta diperuntukkan kerajaan bagi menaik taraf Sistem Amaran Awal Cuaca melibatkan beberapa projek peningkatan sistem ramalan serta pembinaan radar cuaca di seluruh negara. Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata, kerajaan turut menyediakan peruntukan RM18 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 bagi pembangunan Sistem Amaran Awal Tsunami Nasional Malaysia (SAATNM). “Kerajaan memperuntukkan RM242 juta bagi menaik taraf Sistem Amaran Awal Cuaca…










