PETALING JAYA: Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras 2.75 peratus dalam mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) pertama tahun ini mendorong pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS). Semalam, mata wang tempatan dibuka tinggi berbanding dolar AS pada 4.0430/4.0480 berbanding 4.0470/4.0520 pada Rabu, sebelum mengukuh pada 4.0360/4.0410 di akhir dagangan. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd., Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, penilaian positif…










