Ribut petir, hujan lebat dijangka di empat negeri

Ribut petir, hujan lebat dijangka di empat negeri

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri hingga pukul 12 tengah hari ini.

Menurut MetMalaysia, kawasan yang terjejas meliputi Bentong, Pahang dan beberapa daerah di Selangor termasuk Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat serta Sepang.

Amaran itu turut membabitkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya serta beberapa daerah di Negeri Sembilan iaitu Jelebu, Seremban dan Port Dickson. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN