Proses pemulihan Dr. Mahathir dijangka ambil masa lama

Proses pemulihan Dr. Mahathir dijangka ambil masa lama

Ulang tahun
MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dilaporkan mengambil masa lama bagi tempoh pemulihan untuk rawatan akibat patah tulang pinggul ekoran faktor usia beliau.

Pegawai Pejabat Tun Dr. Mahathir Mohamad, Sufi Yusoff berkata, selain itu, pasukan perubatan yang merawat bekas Perdana Menteri itu di Institut Jantung Negara (IJN) memutuskan rawatan terbaik terhadap beliau secara fisioterapi tanpa pembedahan.

“Setelah berbincang dengan doktor pakar di IJN, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan Hospital Kuala Lumpur, diputuskan bahawa rawatan fisioterapi tanpa pembedahan adalah pilihan yang terbaik baginya.

“Mengambil kira faktor usia Dr. Mahathir juga, proses pemulihan ini akan memakan jangka masa yang agak lama,” katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

Sufi berkata, pada masa ini Dr. Mahathir masih meneruskan rawatan yang berpunca akibat jatuh di kediamannya pada 6 Januari lepas.

“Dr. Mahathir dan keluarga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan semua pihak yang sentiasa mendoakan kesihatan dan kesejahteraan beliau.

“Buat masa ini juga, Dr. Mahathir tidak dibenar menerima pelawat kecuali keluarga terdekat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN