PRK Kinabatangan, Lamag: Kesinambungan Bung Mokhtar diteruskan, tidak jangka saingan sengit

PRK Kinabatangan, Lamag: Kesinambungan Bung Mokhtar diteruskan, tidak jangka saingan sengit

AHMAD Zahid Hamidi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Barisan Nasional (BN) tidak menjangkakan persaingan sengit pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kinabatangan dan Lamag di Sabah biarpun dikatakan kerusi itu akan ditandingi ‘satu lawan satu’ dengan Warisan.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kedua-dua parti saling mengenali antara satu sama lain dan hubungan itu juga bersifat persahabatan.

Namun, katanya, apa yang lebih penting ialah kesinambungan perkhidmatan terbaik di Parlimen Kinabatangan oleh Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin.

“Saya tidak melihat keperluan untuk mengadakan kempen yang terlalu sengit. Kita saling mengenali antara satu sama lain dan hubungan kita juga bersifat persahabatan.

“Kesinambungan (khidmat di Kinabatangan) itu diharapkan dapat diteruskan oleh calon yang diketengahkan, Naim Kurniawan Naim Mokhtar,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Amanat Tahun Baharu 2026 Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di sini hari ini.

Katanya, BN juga menawarkan kerusi DUN Lamag kepada pihak yang pernah menentang sebelum ini untuk bertanding sebagai calon bebas atau menyertai Barisan Nasional (BN) kerana percaya masyarakat setempat tidak wajar terus berpecah.

Ahmad Zahid berkata, pada pilihan raya lalu, ketika menentang Allahyarham Bung Moktar, BN hanya tewas dengan majoriti 153 undi.

“Justeru, kita berharap sokongan dapat digembleng semula, termasuk daripada penyokong-penyokong BN bagi menyatukan pengundi dan memastikan kemenangan dapat dicapai supaya perkhidmatan terbaik kepada rakyat dapat diteruskan,” katanya.

Warisan memutuskan untuk bertanding di Kinabatangan dan Lamag masing-masing menerusi bekas ADUN Sukau Datuk Saddi Abdul Rahman dan Mazliwati Abdul Malek Chua. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN