BUKIT MERTAJAM: Pelaksanaan prinsip tatakelola yang baik menyumbang kepada pengukuhan nilai ringgit ketika ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengukuhan tersebut menjadikan mata wang Malaysia itu kini bukan sahaja terbaik dalam kalangan negara-negara serantau, malah, berada pada prestasi terbaik di peringkat Asia. “Di seluruh Asia ini, ringgit kita terbaik. Sebab itu saya kata, kita mula dengan tatakelola. Jangan apabila ada duit lebih, ‘sapu’ masuk dalam poket. Ada duit…









