PM arah laksana titah Agong dengan tegas

PM arah laksana titah Agong dengan tegas

ANWAR Ibrahim ketika berucap pada Majlis Penghargaan Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 di MAEPS, Serdang, Selangor hari ini.-UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: Titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim perlu dilaksanakan dengan tegas tanpa kompromi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, titah Seri Paduka adalah jelas dan kerajaan akan melaksanakannya dengan tegas.

“Jelas, bagus (dan) laksana dengan tegas,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penghargaan ASEAN-Malaysia 2025 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di sini, hari ini.

Sultan Ibrahim ketika bertitah pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15 di Parlimen hari ini menzahirkan kekecewaan terhadap skandal rasuah yang berlaku dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM), termasuk membabitkan pegawai peringkat tinggi.

Baginda bertitah, tidak mustahil barisan perkhidmatan ATM akan diketuai oleh anggota lain-lain pangkat (LLP) contohnya seorang sarjan, jika isu rasuah terus membelenggu pasukan pertahanan negara.

Sultan Ibrahim turut mengingatkan semua pemimpin sama ada daripada pihak kerajaan mahupun pembangkang lebih berhati-hati supaya tidak melakukan sebarang hasutan sehingga menimbulkan ketegangan antara wilayah.

Seri Paduka bertitah, sebarang perbezaan pandangan perlu diselesaikan secara matang dan bukan melalui kebencian atau syak wasangka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN