Isu penyerahan tanah kepada Indonesia tidak betul - Anwar

Isu penyerahan tanah kepada Indonesia tidak betul – Anwar

ANWAR Ibrahim (tengah) pada Karnival Kebudayaan Madani dan Kenduri Rakyat di pekarangan Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Tengah di Permatang Pasir, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, hari ini. - UTUSAN/DANIAL SAAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan dakwaan mengenai isu penyerahan kira-kira 5,207 hektar tanah sebagai pampasan bagi tiga kampung di kawasan Nunukan berhampiran sempadan Sabah–Kalimantan sebagai tidak betul.

“Dia ada penjelasan (berhubung isu penyerahan tanah sebagai pampasan). Kita (Malaysia dan Indonesia) akan berunding dengan baik.

“Jadi, tidak betul (dakwaan tersebut). Dia (Indonesia) beri sambutan yang baik (terhadap proses rundingan bersama Malaysia),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa menghadiri Karnival Kebudayaan Madani dan Kenduri Rakyat di pekarangan Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Tengah di Permatang Pasir, di sini.

Semalam, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup menafikan dakwaan yang sama dan menyifatkan ia sebagai tidak tepat selain penyelesaian isu persempadanan darat antara Malaysia dan Indonesia dibuat tanpa berlandaskan prinsip timbal balik, pampasan atau untung-rugi.

Katanya, rundingan berkaitan penandaan dan pengukuran di kawasan isu sempadan tertunggak dilaksanakan secara harmoni antara kedua-dua negara selaras dengan undang-undang antarabangsa dan perjanjian sempadan sedia ada.

“Keputusan pengukuran sempadan darat itu dimeterai menerusi Memorandum Persefahaman (MOU) Malaysia–Indonesia pada 18 Feb 2025 selepas melalui lebih 45 tahun proses rundingan teknikal yang komprehensif dan telus,” ujar beliau. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×