PETALING JAYA: Seorang lelaki diburu polis selepas disyaki mencuri sebuah motosikal Yamaha 135 LC di Taman Suria Jaya di sini, seperti yang tular baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada pukul 9.54 pagi, kelmarin.
Katanya, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang lelaki memakai topi keledar berwarna merah dipercayai mencuri motosikal.
“Ketika ini usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan
“Polis juga menasihatkan orang awam supaya menggunakan kunci tambahan bagi mengekang kejadian curi motosikal,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di talian 03-89114222 atau Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Mohamad Najib Mohd. Radgali di talian 012-3429297. – UTUSAN









