KUDAT: Cubaan menyeludup keluar sejumlah 6,000 liter petrol ke negara jiran menggunakan sebuah bot pam di perairan Kudat di sini, kelmarin berjaya dipatahkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia). Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Hasbullah Omar berkata, ketika dipintas, tiga individu yang berada atas bot bertindak terjun ke laut dan melarikan diri ke kawasan daratan berhampiran. Katanya, ia bergerak perlahan dan mencurigakan pada jarak kira-kira 1.5 batu nautika dari…










