Pengubahan wang haram: SPRM ambil keterangan sembilan individu termasuk Tan Sri

Pengubahan wang haram: SPRM ambil keterangan sembilan individu termasuk Tan Sri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengambil keterangan sembilan individu termasuk seorang tokoh korporat bergelar Tan Sri.

Ia berhubung siasatan dakwaan skim pengubahan wang haram melibatkan sebuah syarikat pembinaan terkemuka bernilai RM2.5 bilion.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, kesemua individu berkenaan hadir ke pejabat SPRM pada pukul 10 pagi tadi bagi membantu siasatan dengan memberi percakapan.

Menurutnya, kehadiran mereka adalah susulan panggilan yang dibuat SPRM dan pihak terlibat telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pegawai penyiasat.

“Kami telah memanggil mereka dan mereka menghubungi pegawai SPRM sebelum hadir untuk memberi keterangan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Projek dan Majlis Perasmian Pusat Latihan Asas, Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA), di Nilai, Seremban, Negeri Sembilan hari ini.

Azam menjelaskan, siasatan yang dijalankan melibatkan sebuah syarikat korporat besar dan bersifat kompleks justeru memerlukan tempoh masa untuk meneliti dokumen serta maklumat berkaitan secara menyeluruh.

“Kes ini melibatkan isu yang rumit dan memerlukan penelitian terperinci terhadap dokumen serta bahan bukti yang dikumpulkan,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan.

Tegasnya, SPRM akan mengambil tindakan lanjut sekiranya hasil siasatan mendapati wujud sebarang kesalahan di bawah undang-undang.

“Jika siasatan mendapati tiada kes, saya akan memaklumkan bahawa kes berkenaan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya.

Semalam, media melaporkan SPRM menjalankan siasatan terhadap syarikat pembinaan berkenaan berhubung dakwaan skim pengubahan wang haram membabitkan jumlah sehingga RM2.5 bilion. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN