Mangsa penipuan pelaburan didalangi Datuk diminta tampil buat laporan

Mangsa penipuan pelaburan didalangi Datuk diminta tampil buat laporan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mangsa-mangsa penipuan pelaburan membabitkan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk diminta tampil membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Pengerusi Kumpulan Tindakan MaPeR, Shah Abdul Malek berkata, ahli perniagaan itu kini dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas ditahan menerusi Op Fibre kerana disyaki terbabit pengubahan wang haram bernilai kira-kira RM75 juta.

Katanya, ketika ini 10 orang pelabur tempatan dan seorang pelabur warga British telah mengemukakan aduan kepada SPRM terhadap ahli perniagaan itu.

Menurutnya, ratusan individu dan syarikat korporat termasuk agensi kerajaan menjadi mangsa skim pelaburan didalangi ahli perniagaan itu.

“Berdasarkan rekod, didapati beberapa agensi kerajaan negeri dan syarikat berkaitan kerajaan termasuk sebuah persatuan kebajikan anak-anak yatim serta sebuah institut penyelidikan Islam mungkin menjadi mangsa skim penipuan yang dikaitkan dengan individu terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shah mendakwa, ramai mangsa diperdaya melalui ejen ahli perniagaan itu yang menyamar sebagai kakitangan bank dengan menawarkan skim pelaburan runcit yang kononnya diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti serta dijamin oleh insurans.

“Ada juga yang tertipu kerana beberapa ahli perniagaan ternama bergelar Tan Sri dikaitkan sebagai ahli lembaga pengarah dan pemegang saham utama syarikat terbabit.

“Agensi kerajaan pula dipercayai terpedaya disebabkan pembabitan seorang bekas pegawai kanan Persekutuan yang bertindak sebagai proksi kepada Datuk terbabit,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN