KUALA LUMPUR: Pembekuan semua perolehan melibatkan Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri termasuk projek yang telah diluluskan tetapi belum dimuktamadkan akan diteruskan bagi membolehkan penelitian semula dilakukan secara telus dan bertanggungjawab. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, semua keputusan perolehan selepas ini akan diputuskan melalui mekanisme berpusat berasaskan kepakaran teknikal, keperluan sebenar angkatan dan kemampuan kewangan negara, bukan ditentukan secara individu. Dalam masa sama, Perdana Menteri menegaskan bahawa sebarang…










