Maklumat ATM bocor: Polis sudah rakam keterangan individu tertentu

Maklumat ATM bocor: Polis sudah rakam keterangan individu tertentu

MOHD. Khalid Ismail sewaktu berucap dalam sidang akhbar di Bukit Aman di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menjalankan siasatan berhubung kebocoran maklumat didakwa pergerakan kenaikan pangkat pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 18 Januari lalu.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail berkata, keterangan beberapa individu-individu tertentu telah diambil pihaknya bagi membantu siastaan itu.

“Siasatan berhubung perkara ini masih masih diteruskan dan dibuat mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972,” katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman di sini hari ini.

Pada 19 Januari lalu, Kementerian Pertahanan memaklumkan sudah membuat laporan polis susulan kebocoran maklumat kenaikan pangkat pegawai kanan ATM.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata maklumat itu didedahkan secara terbuka sebelum pelantikan jawatan pegawai-pegawai kanan tertinggi ATM, termasuk Panglima Angkatan Tentera (PAT), memperoleh perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Keputusan mengenai pelantikan jawatan tertinggi dalam ATM mesti dibincangkan terlebih dahulu oleh Majlis Angkatan Tentera (MAT) yang akan memberi cadangan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Mohamed Khaled menegaskan sebarang pelantikan hanya boleh dibuat selepas mendapat perkenan Seri Paduka Baginda dan pendedahan maklumat sebelum itu adalah tidak wajar.

Beliau menekankan bahawa pendedahan nama, jawatan dan pelantikan pegawai kanan ATM boleh menimbulkan risiko keselamatan.

Malah, katanya, maklumat sedemikian tidak pernah didedahkan kerana sensitiviti perkara berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN