PORT DICKSON: Pelancongan kesihatan akan menjadi tumpuan kerajaan Negeri Sembilan dalam usaha menarik kehadiran lebih ramai pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026 dan Tahun Melawat Negeri Sembilan (TMNS) 2026. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri, Nicole Tan Lee Koon berkata, sehubungan itu, kerajaan negeri turut menyasarkan kehadiran pelancong dari negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Singapura. “Kita dapat lihat wujudnya trend selepas pandemik Covid-19, apabila pelancong bukan…










