KUALA LUMPUR: Bekalan ayam dan telur di pasaran tempatan dijangka kekal mencukupi serta tidak menghadapi sebarang gangguan, terutama menjelang Ramadan bulan depan. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, jangkaan berkenaan dibuat berdasarkan pemantauan kementerian yang menunjukkan harga dan bekalan kedua-dua komoditi tersebut pada masa ini berada dalam keadaan stabil. “Walaupun begitu, terdapat faktor tertentu seperti kegiatan penyeludupan yang berpotensi menjejaskan bekalan. “Oleh itu, kita akan memastikan…










