PETALING JAYA: Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) di Shah Alam yang kini tular selepas dikaitkan dengan penderaan terhadap kanak-kanak austime, bukan operator yang dibiayai Majlis Amanah Rakyat (Mara). Pengerusinya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, semalam Timbalan Ketua Pengarah Mara telah melaporkan pendedahan tersebut kepadanya namun hanya dua operator di bawah syarikat tersebut mendapat bantuan pembiayaan daripada Mara iaitu di Klang dan Bestari Jaya. “Terima kasih maklumkan pada saya, tadi Timbalan…








