Mara tidak sisih T20, utamakan golongan berpendapatan rendah, sederhana

Mara tidak sisih T20, utamakan golongan berpendapatan rendah, sederhana

ASYRAF WAJDI DUSUKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis Amanah Rakyat (Mara) membuka peluang kepada semua golongan bumiputera mengikut keupayaan serta memberi keutamaan terhadap golongan berpendapatan rendah dan sederhana dalam bidang pendidikan dan keusahawanan.

Pengerusi Mara, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Mara tidak pernah menyisihkan golongan berpendapatan tinggi 20 peratus tertinggi (T20) namun keutamaan diberikan bagi memastikan nasib golongan miskin, anak yatim dan berpendapatan sederhana benar-benar terbela.

“Saya tidak rela mendengar ada anak bangsa yang tercicir atau tertangguh pengajian hanya kerana tidak mampu atau menghadapi kekangan kewangan.

“Jika kita mahu melihat perubahan kepada anak bangsa, hanya ilmu pengetahuan sahaja yang mampu merubah kehidupan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi berkata, hasrat kepimpinan UMNO terdahulu dalam menubuhkan Mara adalah untuk memastikan pendidikan dan keusahawanan menjadi asas pembangunan anak bangsa.

“Demikianlah juga hasrat kepimpinan UMNO terdahulu apabila mengilhamkan dan mengasaskan penubuhan Mara. InsyaAllah agenda inilah yang sedang saya teruskan,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN