KUALA LUMPUR: MIC dijemput untuk menghadiri Majlis Perasmian Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 pada Jumaat ini di sebalik desas-desus parti itu mahu meninggalkan Barisan Nasional (BN).
Perkara itu dimaklumkan Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan kepada Utusan Malaysia.
“Dapat, terima kasih kepada pucuk pimpinan UMNO dan selamat bersidang,” katanya.
Bagaimana beliau tidak mengulas sama ada kepimpinan MIC akan menghadiri majlis itu.
IC sebelum ini membuat keputusan muktamad sama ada keluar dari BN ataupun sebaliknya, seawal-awal pada Februari depan selepas perayaan Thaipusam.
Perkara itu susulan usul mesyuarat agung tahunan parti itu menyerahkan mandat kepada jawatankuasa pusat MIC berhubung kedudukan mereka dalam BN.-UTUSAN










