Maritim Malaysia bakal terima MPMS kedua

Maritim Malaysia bakal terima MPMS kedua

AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA (MARITIM MALAYSIA)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bakal menerima aset baharu selepas kerajaan bersetuju membeli kapal misi pelbagai guna (MPMS).

Perolehan tersebut dijangka dimeterai dalam lawatan rasmi tiga hari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Türkiye.

Berdasarkan kenyataan media Wisma Putra sebelum ini, penyerahan Surat penerimaan (LOA) kapal berkenaan akan diadakan dalam tempoh lawatan itu.

Namun, kenyataan tersebut tidak memperincikan kos keseluruhan dan limbungan kapal.

Kerajaan sebelum ini telah memeterai perolehan MPMS pertama bernilai RM304 juta dari Türkiye semasa lawatan Presiden Türkiye, Recep Tayyip Erdogan ke Malaysia pada Februari tahun lalu.

Kapal berkenaan mampu beroperasi selama 30 hari tanpa henti selain lengkap dengan empat buah bot pemintas (FIC) dan dua dro selain mempunyai dek pendaratan helikopter, fasiliti perubatan dan ruang tahanan.

Kapal MPMS pertama maritim Malaysia dijangka diterima tahun depan bagi memperkukuh aspek keselamatan maritim negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN