Mangsa banjir di Sabah terus meningkat kepada 534 orang

Mangsa banjir di Sabah terus meningkat kepada 534 orang

Keadaan kampung yang dilanda banjir di Kota Belud sejak semalam. - HARDY JOE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir di negeri ini meningkat kepada 534 orang hari ini, berbanding 520 mangsa semalam.

Peningkatan itu ekoran Kota Belud menjadi daerah terbaharu dilanda banjir sejak semalam, selepas Beaufort dan Kota Kinabalu.

Mengikut maklumat terkini Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah seramai 120 mangsa masih berada di Pusat Pemindahan Kekal Dewan Slagon, Beaufort, manakala 63 mangsa berlindung di Dewan Masjid Al Munir, Darau, Kota Kinabalu.

Di Kota Belud, seramai empat mangsa dipindahkan pasukan penyelamat ke kawasan selamat di Dewan Kampung Lentigi, apabila kediaman mereka terjejas banjir semalam.

Dua pusat pemindahan sementara diaktifkan di Kota Belud iaitu Dewan Kampung Lentigi dan Dewan Masyarakat Tun Said.

Setakat ini, hanya dewan Lentigi menempatkan mangsa banjir, manakala dewan Tun Said siap sedia menerima untuk menempatkan penduduk terjejas banjir, jika keadaan memerlukan.

Sebanyak lapan kampung di Beaufort terjejas banjir, Kota Kinabalu (satu) dan Kota Belud (dua).

JPBN memaklumkan peningkatan jumlah mangsa banjir itu susulan hujan lebat berterusan.

Sementara itu, Jabatan Metrologi Sabah meramalkan hujan dan ribut petir berterusan di beberapa kawasan di negeri ini, termasuk Beaufort, Kota Kinabalu dan Kota Belud yang sedang dilanda banjir dalam tempoh seminggu akan datang.

Sehubungan itu, penduduk terutama yang mendiami kawasan mudah dinaiki air dinasihatkan sentiasa berhati-hati dan pindah ke tempat selamat apabila ada tanda paras air meningkat. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×