Lelaki pukul, cabul kanak-kanak ditahan

Lelaki pukul, cabul kanak-kanak ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR: Seorang lelaki ditahan selepas disyaki memukul dan mencabul seorang kanak-kanak perempuan di Bukit Sentosa, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, seorang wanita tempatan telah memaklumkan kejadian melibatkan mangsa di bawah umur.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ibrahim Husin berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa kanak-kanak berusia sembilan tahun bersama kakak kembarnya dan abang berusia 12 tahun dalam perjalanan ke pasar malam melalui Jalan Bakawali, Bukit Sentosa.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, mereka kemudian didatangi seorang lelaki tidak dikenali yang menarik mangsa masuk ke dalam rumahnya.

“Suspek kemudiannya bertindak memukul mangsa menggunakan tangan dan kaki sehingga menyebabkan kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan laporan diterima katanya, anggota dari Balai Polis Bukit Sentosa berjaya menahan suspek berusia 23 tahun di rumahnya.

Jelasnya, suspek yang merupakan penganggur tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau, namun hasil ujian saringan air kencing mendapati lelaki berkenaan positif dadah.

Ibrahim berkata, permohonan reman terhadap suspek telah dibenarkan Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau sebat atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

“Bagi kesalahan berulang, pesalah boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun serta sebat,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini