BANGI: Saringan kesihatan bersasar (targeted screening) terhadap pelancong yang tiba di pintu masuk negara, khususnya dari India dan Bangladesh, diaktifkan susulan kebimbangan penularan virus Nipah. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, langkah itu telah mula dilaksanakan dengan pemantauan rapi bagi mengesan sebarang indikasi awal jangkitan, terutama melibatkan simptom demam. “Targeted screening ini telah bermula dan ia memberi tumpuan kepada pelancong dari negara tertentu, khususnya India dan Bangladesh. Namun,…










