KUALA LUMPUR: Kes rasuah dan salah guna kuasa melibatkan anggota dan pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) tidak pernah disembunyikan. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ini dibuktikan menerusi penangkapan 29 pegawai dan kakitangan AKPS sebelum ini yang terlibat dengan isu berkenaan. Beliau berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberikan kebebasan sepenuhnya untuk mengambil tindakan terhadap kakitangan agensi yang didapati melanggar etika dan integriti dalam melaksanakan…










