KUALA LUMPUR: Pertumbuhan ekonomi negeri Sabah ketika ini akan diperkukuh menerusi fokus yang diberikan kepada pembangunan infrastruktur strategik dan pembangunan bakat tempatan di negeri itu. Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Mohd. Shahar Abdullah berkata, ekonomi Sabah ketika ini didominasi sektor minyak mentah, petroleum dan tanaman kelapa sawit yang menyumbang kira-kira 40.6 peratus kepada keseluruhan struktur ekonomi negeri berkenaan. Beliau berkata, kerajaan akan memberi tumpuan kepada dua aspek penting di Sabah iaitu…









