KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan (MINDEF) tidak akan melindung mana-mana anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terlibat dengan gejala rasuah dan masalah integriti, tanpa mengira jawatan mereka. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pihaknya membuka pintu seluas-luasnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melakukan siasatan. “Saya sendiri sudah bertemu dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Tan Sri Azam Baki) pada minggu lepas, saya memberi jaminan dan seluruh MINDEF berdiri bahu…










