PETALING JAYA: Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong dimasukkan ke hospital sejak dua hari lalu susulan jangkitan kuman dalam paru-paru. Ahli Parlimen Ayer Hitam itu berkata, beliau kini sedang menjalani rawatan di hospital akibat masalah kesihatan dihadapinya. “Saya telah dimasukkan ke hospital pada 19 Januari dan kini menerima pemeriksaan rapi serta rawatan yang dianggarkan selama seminggu. “Dalam tempoh ini juga saya tidak dapat hadir ke persidangan Dewan Rakyat.…










